Little London Girl



DIPLOMA SENIBINA LANDSKAP (UITM)
Wednesday 24 June 2020 | Wednesday, June 24, 2020 | 0 Words
Hai semua, sekian lamanya saya tak buka blog sejak masuk UITM Seri Iskandar cawangan Perak. Saya ingin berkongsikan tentang Diploma Senibina Landskap di UITM untuk adik-adik ataupun sesiapa yang ingin sambung diploma. Sebelum tu, Diploma Senibina Landskap ni hanya ada di UITM Seri Iskandar sahaja.

Macam biasalah, kena tahu syarat kemasukan Diploma Senibina Landskap. Saya akan lampirkan gambar syarat kemasukan dan senarai subjek akan bakal anda belajar tentang Senibina Landskap.





Boleh zoom kalau tak nampak.

Apa itu senibina landskap? Senibina landskap ni merupakan design luar rumah, bangunan, taman dan lain-lain lagi untuk cantikkan kawasan dengan menggunakan tanaman (pokok-pokok) yang pelbagai bentuk, ciri, jenis dan warna. Dan juga, penyusunan hardscape seperti gazebo, pergola, arbor, air pancut, kerusi taman dan lain-lain lagi amatlah penting untuk menampakkan susana yang tenang dan selesa kepada pengguna yang berkunjung ataupun tuan rumah yang mempunyai taman persendirian. 


Pengalaman saya ambil course Senibina Landskap selama 3 tahun amatlah mencabarkan. Sebabnya course ni sesuai sesiapa yang berminat melukis dan mempunyai pengalaman melukis. Saya ambil course ni pun sebab pilihan mak saya. Hehe. Okay saya ceritakan macamana Diploma Senibina Landskap ni. Pertama sekalinya, course ni memang wajib ada subjek melukis (core subject). Kalau tak lulus core subject melukis ni, tak dapat sambung ke semester seterusnya. Itu pentingnya kena betul-betul buat untuk lulus. Kedua, ada subjek yang kena tahu pasal scientific name, common name dan family name pokok-pokok kerana kita kena guna untuk masukkan dalam design final project kita (core subject). Ketiga, ada subjek banyak membaca juga. Keempat, kena masuk kokurikulum untuk cukupkan jam kredit belajar kita. Kelima, pada semester 5 nanti, kita kena cari tempat latihan industri untuk belajar macam-macam skop kerja sebagai arkitek landskap kerana di akhir semester 6 nanti, kita akan mula membuat final project year secara individual (untuk core subject).


Pasal pekerjaan yang kita boleh pilih selepas diploma pula, kita boleh bekerja sebagai pembantu arkitek landskap dan pelukis lukisan tetapi boleh masuk kat mana-mana syarikat yang tawarkan kerja bersesuaian dengan diploma kita.


Okay, setakat itu sahaja saya boleh ceritakan. Hehehe. Kalau ada apa-apa soalan tentang senibina landskap ni, boleh tanya saya di komen. In sha Allah saya akan balas dan saya pun sudah akhir semester 6 pada tahun ini 😊 .

-Past-