Little London Girl



Politeknik, tunggu aku datang.
Wednesday 22 June 2016 | Wednesday, June 22, 2016 | 0 Words

Hi semua pembaca ! Tengah buat apa tu? Haha.
Atiem pun tak sangka Atiem dapat POLITEKNIK kat Tuanku Syed Sirajuddin.
Alhamdulilah, dapat juga sambung belajar. Dah lama Atiem tunggu peluang ni.
Atiem ingatkan Atiem dah tak dapat mana mana dah. Huhu.
Masih ingat lagi tak post yang Atiem cakap pasal FORM6 ?
Kalau tak baca lagi, tekan kat sini .

Bukan form6 tak bagus, form6 ni bagus sebab lagi senang dapat masuk U.
Lagipun belajar sampai setahun 8 bulan je tapi tulah minat bergantung pada diri masing masing kan? Almaklumlah, Atiem ni banyak main sikit dalam kelas. AND Atiem pun dah 'kenal' lama sangat dengan sekolah yang Atiem tengah duduk sekarang ni. Sampai cikgu yang mengajar kat situ pun jemu tengok muka Atiem ni haa. Hahahaha.

So, Atiem bercadang untuk merantau jauh ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Arau, Perlis.
Atiem dapat Diploma Kejuruteraan Elektronik ( Komunikasi ) .
*Wow ! Jadi jurutera ah aku nanti ni xD
Hahaha. Atiem pun tak sangka dapat course tu pulak.
Minat tu ada juga. Atiem teringin juga nak belajar kejuruteraan ni sikit.
Pastu nak cabar diri Atiem dan nak buktikan kat mata masyarakat sekeliling.
*Terlalu umum ke?

Takpelah, kepada yang nak sambung belajar sekarang ni. Jangan ikut cakap kawan kawan. Minta nasihat boleh tapi kalau diorang paksa jangan pergi mana mana, hmm melingkup lah korang. Kalau boleh kan, minta nasihat mak ayah, lebih baik. Kalau masih ragu ragu juga, boleh jumpa cikgu kaunseling sekolah or yang berdekatan?

Pada mulanya, Atiem taknak pi poli dah tapi kalau Atiem stay form6, boleh ke Atiem bawa subjek subjek form6 ni dengan diri ni tak mampu. Suka tidur lak dalam kelas. *Atiem serius, kekadang Atiem terlena. Huhu. Pastu lak kawan sebelah banyak menyembang. Hmm, Atiem takut Atiem melingkup form6 ni lak. Atiem ntah kemana, pelajaran Atiem pun ntah kemana juga. Huhu.

Kepada yang tak dapat sambung mana mana, takpe. Maybe tak sampai masanya lagi. Kalau masa ni ada yang duk kerja, more better korang masuk kolej komuniti ke IKBN ke. Masuk kemahiran. Ikut minat masing masing. Ada juga faedah korang nak buat apa lepas SPM ni. Tapi kalau dah tak minat nak masuk kemahiran, takpe lah. Nak kerja cari duit pun takpe.

Kepada pembaca semua, Atiem doakan korang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.
Abaikan apa orang kata dekat kita, janji kita dapat masuk belajar mana mana and boleh balas jasa mak ayah kita nanti. InshaAllah.

Nak sambung belajar ni, niat kena pasang. Atiem serius. Kita masuk belajar ni kena ada niat. Kalau takda niat, cita-cita & impian, kita seolah olah 'mayat' . Hanya membawa diri ke hulu ke hilir tanpa impian. *by Dr Shukri Abdullah. Lagi satu, JANGAN ikut kawan kawan. Kalau kawan kawan nak masuk belajar mana mana, jangan lak kita pun nak ikut sekaki sama. Nanti kawan berjaya, kita K.O.
Ikut minat masing masing nak belajar mana mana, takpe boleh cari kawan baru walaupun diorang tak sama macam kawan kita yang kita rapat selama 11 tahun. *Huhu, sebaknya nak tinggalkan kawan baik Atiem yang kawan dari sekolah rendah lagi. Hmm.

Kalau nak berjaya, kita kena BERUSAHA. Selamat maju jaya kawan kawan !

Assalamualaikum.

-Past- | -New-