Little London Girl



Rezeki masing masing.
Wednesday 15 June 2016 | Wednesday, June 15, 2016 | 2 Words

Apa khabar pembaca blog Atiem? Atiem harap semua sihat belaka.
Alhamdulilah. Masih bernyawa lagi diatas bumi Allah SWT ini.
Atiem pun bukannya dapat pergi mana mana.
Hanya dapat sambung belajar di tingkatan 6 saja. Tapi nak buat macamana kan? 
Rezeki masing masing dah. Allah dah aturkan segalanya yang terbaik untuk hamba-Nya.

Walaupun Atiem dah sambung belajar di tingkatan 6, sayangnya Atiem takboleh bawa subjek tingkatan 6. So, Atiem mohon kolej komuniti di baling je.
Memang Atiem takdapat sambung belajar ke mana mana tapi Atiem bersyukur Atiem dapat sambung belajar di tingkatan 6 buat masa ni.

Takpalah, Atiem redho je apa yang berlaku sekarang ni.
Atiem pun serabut buat masa ni. Nak amek tingkatan 6 ke nak masuk kolej komuniti.
*Nampaknya aku kena buat solat istiqarah
Atiem kena fikir masak masak apa yang terbaik untuk Atiem.

Memanglah kolej komuniti tu tak tera mana pun macam IPTA yang lain tapi kolej komuniti ni boleh masuk mana mana IPTA nanti bila dah habis buat Diploma.
*Kalau sijil, ceq tak tahu lah. Hmm.

Takpalah, macam Atiem kata rezeki masing masing.
Kalau ada rezeki, ada lah tu.
Yang tak dapat sambung belajar mana mana, amek kemahiran pun bagus juga,
Boleh mengasah bakat nanti.

Kepada yang dapat sambung belajar ke IPTA, Atiem ucapkan tahniah.
Semoga dapat belajar dengan bersungguh sungguh.

Kita pergilah mana mana pun, pastikan minta berkat doa mak ayah.
Supaya mereka mendoakan kejayaan kita semua. Amin.

Assalamualaikum.

-Past- | -New-